Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2019 TATACARA TINDAKAN PENGEMASKINIAN PERAKAUNAN ASET DAN LIABILITI SELEPAS DATA BAKI AWAL ASET TERSEDIA DI iGFMAS

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

TATACARA TINDAKAN PENGEMASKINIAN PERAKAUNAN ASET DAN LIABILITI SELEPAS DATA BAKI AWAL ASET TERSEDIA DI iGFMAS

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.    Untuk makluman tuan/puan, aktiviti data migrasi Stage 3 telahpun selesai dinaikkan secara berperingkat ke iGFMAS mulai 17 April 2019 sehingga 18 Jun 2019 dengan tarikh posting 01 Jan 2019. Memandangkan aktiviti data migrasi tersebut hanya selesai pada Jun 2019, maka berkemungkinan kedudukan baki aset kementerian dan liabiliti berkaitan telah berubah selepas mengambil kira aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun kewangan semasa bermula Januari 2019.

 

3.    Sehubungan itu, dilampirkan bersama adalah tatacara untuk mengemaskini kedudukan baki aset dan liabiliti berkaitan perakaunan aset bagi melaporkan kedudukan sebenar baki aset dan liabiliti di kementerian. Oleh itu, pihak tuan/puan hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di dalam tatacara tindakan pengemaskinian perakaunan aset dan liabiliiti selepas data baki awal tersedia di dalam iGFMAS.

 

4.   Sebarang pertanyaan berkenaan tatacara ini boleh menghubungi Puan Precillia binti Mojiun atau Encik Spreen Joe Anak Peter Deni di talian 084-332053.

Sekian, Terima Kasih

 

Unit Pengurusan Aset

JANM Cawangan Sibu

 

Lampiran 1 ~ Surat

Lampiran 2 ~ Tatacara Tindakan Pengemaskinian Perakaunan Aset