Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2019 Penghantaran Sijil Pengesahan Baki & Penyata Penyesuaian Vot, Akaun Terimaan dan Akaun Deposit

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

PENGHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI DAN PENYATA PENYESUAIAN VOT, AKAUN TERIMAAN DAN AKAUN DEPOSIT

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Sepertimana yang disampikan oleh Timbalan Pengarah Operasi JANM Cawangan Sibu, Cik Azizah binti Onn semasa Taklimat Penutupan Akhir Tahun 2019 pada 3 Dis 2019, PTJ adalah diingatkan untuk menyemak dan mengesahkan maklumat dalam laporan adalah tepat dan betul. Pengesahan hendaklah dilakukan dengan melengkapkan Sijil Pengesahan Baki dan mengemukakan kepada Pejabat Perakaunan selewat-lewatnya pada 14 haribulan bulan berikutnya.

3.       Sehubungan dengan itu, pihak Tuan/Puan adalah dikehendaki untuk mengemukakan Sijil Pengesahan Baki Vot, Akaun Terimaan dan Akaun Deposit dan Penyata Penyesuaian (jika berkaitan) bagi bulan November 2019 kepada pihak kami sebelum atau pada 14 Disember 2019.

4.       Surat peringatan akan dikeluarkan kepada PTJ yang tidak mematuhi ketetapan ini. Kegagalan pihak Tuan/Puan mengemukakan Sijil Pengesahan Baki tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan akan menyebabkan ketidakpatuhan kepada Arahan Perbendaharaan 143(b) dan teguran di dalam laporan Audit Tahunan di peringkat Persekutuan.

5.       Rujukan pekeliling dan senarai nama pegawai Unit Akaun JANM Cawangan Sibu untuk dihubungi berhubung perkara di atas adalah seperti di Lampiran A. Kerjasama dan tindakan pihak Tuan/Puan terhadap perkara di atas amatlah dihargai.

 

Unit Akaun

JANM Cawangan Sibu

Lampiran A