Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 PENYEDIAAN PENYATA PENYESUAIAN BAKI ASET ALIH SECARA SUKUAN TAHUN

KETUA JABATAN,
PTJ DIBAWAH SELIAAN JANM SIBU.


Tuan/Puan,

PENYEDIAAN PENYATA PENYESUAIAN BAKI ASET ALIH SECARA SUKUAN TAHUN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan surat JANM.BPOPA.600-1/4/1 ( 19 ) bertarikh 16 Mac 2021 – Penyediaan Penyata Penyesuaian Baki Aset Alih Secara Sukuan Tahun adalah berkaitan.

2.    Susulan daripada Senarai Semakan (Bulanan) Pemantauan Operasi Pejabat Perakaunan – Aset yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP), Tuan/Puan dikehendaki untuk menyediakan penyesuaian baki aset alih secara sukuan bagi tahun berakhir pada Mac, Jun, September dan Disember setiap tahun. Bersama-sama ini disertakan Jadual Aktiviti Penyerahan Penyesuaian Baki Aset Alih Secara Sukuan bagi tahun 2021 adalah seperti berikut :

Sukuan Baki Aset Alih pada Tempoh Penyesuaian Baki Aset Alih dilaksanakan oleh PTJ dan diserahkan kepada JANM Cawangan Sibu
Satu (1) 31 Mac 2021 01.04.2021 sehingga 16.04.2021
Dua (2) 30 Jun 2021 01.07.2021 sehingga 16.07.2021
Tiga (3) 30 September 2021 01.10.2021 sehingga 15.10.2021
Empat (4) 31 Disember 2021 01.01.2022 sehingga 14.01.2022

3.    Namun demikian, bagi Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia tuan/puan perlu menyediakan penyata penyesuaian baki aset alih setiap bulan merujuk kepada surat KKM. 100-1/8/34 Jld. 2 ( 20 ) bertarikh 05 Februari 2021 – Penyediaan Dan Penghantaran Baki Aset Alih Kenderaan & Jentera (A1434000) dan Kelengkapan & Peralatan (A1435000) pada setiap bulan bagi PTJ KKM. Penyata Penyesuaian Baki Aset setiap bulan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 20hb bulan berikutnya. Panduan Pengisian Templat Penyesuaian Baki Aset Alih di SPPA dan iGFMAS Versi 2 seperti di Lampiran 2 untuk rujukan lanjut Tuan/Puan.

4.    Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai. Sebarang pertanyaan berkenaan tatacara ini boleh menghubungi Puan Precillia Binti Mojiun atau Puan Noraini Binti Kemad di talian 084-332053.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Aset
JANM Cawangan Sibu