Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
PENAMBAHBAIKAN PROSES PENYELENGGARAAN MAKLUMAT KOD PEMBEKAL DI PORTAL iGFMAS
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah melakukan penambahbaikan ke atas proses penyelenggaraan maklumat penerima bayaran (kod pembekal) bagi kumpulan penerima bayaran iGFMAS.
Bersama-sama ini dikemukakan infografik seperti di bawah, Manual Pengguna Modul Akaun Bayaran : Data Induk dan Manual Pengguna Modul Akaun Bayaran : Gambaran Keseluruhan Modul Akaun Bayaran yang telah dikemas kini serta Borang Permohonan Capaian Pengguna dan Had Kuasa PTJ (Kew.290E-01 - Pin. 1/1(makluman ini telah dihantar secara Emel Blast) untuk rujukan Tuan/Puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
UKPP JANM Sibu