Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
EDARAN LCA BIL.7/2022: PENAMBAHBAIKAN ARAHAN PEMBAYARAN TANPA PT (MODUL AP)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) di bawah Modul Bayaran (Modul AP) telah membuat dua (2) penambahbaikan ke atas Arahan Pembayaran Tanpa PT seperti berikut:
I. Penggunaan Kod Pembekal OTV di Portal iGFMAS
Penambahbaikan pertama telah dilakukan di beberapa medan penting dan semakan dibuat seperti senarai berikut:
o Semakan ke atas Nombor Akaun Bank;
o Semakan ke atas Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pendaftaran;
o Semakan maklumat Nombor Telefon Bimbit atau alamat E-mel telah dikunci masuk; dan
o Maklumat Terperinci Bagi Kod Pembekal OTV 10008 Dinyahaktif
II. Pertambahan atau Pengurangan Bilangan Penerima Bayaran
Penambahbaikan kedua yang dilakukan adalah pengaktifan butang Tambah dan Padam di skrin Butiran Penerima bagi proses Kuiri Arahan Pembayaran Penerima Berganda. Penyedia PTJ boleh membuat penambahan atau pengurangan bilangan penerima sekiranya terdapat kuiri semasa proses perakuan oleh peranan Peraku 1, Semak AO atau Peraku 2. Walau bagaimanapun, Penyedia PTJ perlu memastikan amaun di Butiran Penerima, Data Asas dan jumlah baris caj adalah sama bagi mengelakkan berlaku ralat.
3. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, tuan/puan boleh e-mel kepada
a) Puan Lucy Anak Augustine Amin
Telefon : 084-332053 ext 123
b) Encik Hepni Bin Chabo
Telefon : 084-332053 ext 114
4. Sehubungan dengan itu, hebahan ini adalah berkenaan kesediaan program di Modul Bayaran (Modul AP) yang berkuat kuasa serta-merta. Bersama-sama ini dikemukakan infografik seperti di Lampiran A dan Manual Pengguna Arahan Pembayaran Tanpa PT yang terkini seperti di Lampiran B untuk maklumat terperinci serta perhatian tuan/puan jua.
Kerjasama dan perhatian yang diberikan amatlah saya hargai.
Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan
Seksyen Pengurusan
JANM SIBU