Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Dr/Tuan/Puan,

Adalah saya merujuk kepada perkara di atas dan e-mel dibawah adalah berkaitan.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perakauanan Negara, Sabak Bernam Selangor akan mengadakan "iGFMAS : AKAUNTABILITI PENGURUS PTJ" pada 01 hingga 03 November 2022. Kursus ini dianjurkan secara bersemuka di Institut Perakauanan Negara (IPN), Sabak Bernam. Tawaran kursus ini terbuka kepada semua Anggota Perkhidmatan Awam dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang berminat untuk mempelajari tajuk kursus ini.

Tuan/Puan yang berminat untuk mengikuti kursus ini boleh mendaftar secara atas talian dengan melayari laman sesawang rasmi www.ipn.gov.my atau melalui capaian seperti dibawah sebelum 17 Oktober 2022.

Berikut adalah link permohonan kursus : https://espl.ipn.gov.my/ipnweb/page/kursusInfo.asp?schID=11168&yearID=105&programID=39&month=11&filter=S

 

Sekian, Harap Maklum.