Tuan/Puan,
TATACARA SEMAKAN LAPORAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN SPANM BILANGAN 7 TAHUN 2018 - TATACARA PENGURUSAN BAYARAN, SPANM BILANGAN 3 TAHUN 2019 - TATACARA PENGURUSAN TERIMAAN DAN SPANM BILANGAN 1 TAHUN 2020 - TATACARA PENGURUSAN BAYARAN EMOLUMEN PEGAWAI AWAM PERSEKUTUAN
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Seperti yang sedia maklum, terdapat perubahan bagi semakan laporan kewangan dan perakaunan yang telah dikemaskini pada 24 Jun 2022 dimana laporan tersebut perlu dijana dan disimpan secara salinan (softcopy). Untuk dokumen kewangan yang dijana PTJ boleh disemak menerusi Microsoft Edge atau aplikasi semakan pdf dan tanda semak seperti tatacara di Lampiran A. Pegawai yang diberi kuasa selaras dengan AP11 hendaklak membuat semakan silang sebelum menurunkan tanda tangan di daftar semakan laporan kewangan dan perakaunan bayaran.
Sehubungan dengan itu, PTJ hendaklah mematuhi peraturan kewangan yang berkuatkuasa bagi memastikan semakan dibuat secara tepat dan betul.
Sekian Terima Kasih
Unit Naziran
JANM Cawangan Sibu