Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Ketua-Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)

Dibawah Seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sibu

Tuan / Puan,

TAKLIMAT PENUTUPAN AKHIR TAHUN 2023 BERSAMA PUSAT TANGGUNGJAWAB DIBAWAH SELIAAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) CAWANGAN SIBU

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Sibu akan mengadakan Taklimat Penutupan Akhir Tahun (PAT) 2023 bersama Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk menerangkan garis panduan PAT 2023.

3. Taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh     : 29 November 2023 (Rabu)
Masa      : 8.30 pagi hingga 4.30 Petang
Tempat   : Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud
                  Hibiscus 1 & 2, University Technology Sarawak, Sibu

4. Sehubungan dengan itu, setiap PTJ diminta untuk menghantar Ketua Jabatan (KJ) dan satu (1) orang wakil sahaja yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan untuk menghadiri taklimat tersebut. Tuan / Puan adalah diminta untuk mendaftar dipautan espl seperti berikut :

https://espl.ipn.gov.my/ipnweb/page/kursusInfo.asp?schID=12779&yearID=106&programID=113&month=11&filter=S

Tuan / Puan hendaklah mendaftar dan membuat pengesahan kehadiran sebelum selewat-lewatnya pada 24 November 2023 (Jumaat) jam 2.30 petang.

5. Sekiranya terdapat isu – isu PAT 2023, Tuan / Puan boleh mengemukakan pertanyaan melalui pautan di link berikut:

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1HKhxjM5nLzjWu3lUFDOtIPMyFcm8PdLOpBpTnAdyZrM/edit?usp=sharing

Sekiranya, Tuan / Puan mempunyai pertanyaan berkaitan PAT 2023, boleh menghubungi pegawai – pegawai seperti berikut :

i. En. Muhammad Shukri Bin Khaironi
084-332053 / 210 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

ii. Pn. Puteri Rabiatuladawiah binti Kamurudin
084-332053 / 132 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

iii. Pn. Dayangku Norziawati binti Awang Omar
084-332053 / 128 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

iv. Pn. Norfadzeela binti Muhir
084-332053 / 213 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

6. Kerjasama dan perhatian yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan
Seksyen Pengurusan