Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,
Adalah saya merujuk kepada perkara di atas dan e-mel di bawah adalah berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam Selangor akan mengadakan KURSUS PENGURUSAN PEROLEHAN KERAJAAN (UNTUK PENGURUS PTJ) pada 20 - 22 FEBRUARI 2024. Tawaran kursus ini terbuka kepada semua Anggota Perkhidmatan Awam dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang berminat untuk mempelajari tajuk kursus ini.
Tuan/Puan yang berminat untuk mengikuti kursus ini boleh mendaftar secara atas talian dengan melayari laman sesawang rasmi www.ipn.gov.my atau melalui capaian seperti dibawah sebelum 30 JANUARI 2024.