Salam Sejahtera
Tuan/Puan,
KURSUS GENERIK KEWANGAN DAN PERAKAUNAN ZON SARAWAK :
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Untuk makluman, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Sibu bagi pihak Institut Perakauanan Negara (IPN) akan melaksanakan Kursus Generik Kewangan dan Perakaunan Zon Sarawak. Kursus ini terbuka kepada semua Anggota Perkhidmatan Awam.
Pihak kami menjemput tuan/puan yang berminat untuk membuat permohonan secara online melalui pautan berikut :
KURSUS PENGURUSAN EMOLUMEN SEKTOR AWAM
https://espl.ipn.gov.my/ipnweb/page/kursusInfo.asp?schID=13253&yearID=107&programID=46&month=2&filter=S
Permohonan secara online boleh dilakukan sebelum 7 Februari 2024.
Tarikh : 26 - 28 Februari 2024
Masa : 8:30 am sehingga 4:30 pm
Tempat : Bilik Latihan, Tingkat 2, JANM Cawangan Sibu
Yuran Kursus : RM30 seorang (Secara Tunai. Pembayaran pada 26 Februari 2024)
Sijil hanya akan diberikan kepada peserta yang membuat pengesahan kehadiran di Sistem eSPLB.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Penyelaras Kursus atau Urusetia di talian 084-332053.
Sekian, terima kasih.
Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan
Seksyen Pengurusan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Sibu