Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera 

YBhg. Datin/Tuan/Puan,

Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2024

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Dimaklumkan bahawa satu Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2024 akan diadakan bermula 18 Oktober 2024 (Jumaat) sehingga 18 November 2024 (Isnin). Sehubungan itu, mohon kerjasama YBhg. Datin/Tuan/ Puan untuk menjemput PTJ/Pejabat Pemungut/ Pusat Gaji/Pusat Terimaan masing-masing untuk menjawab kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian untuk dilaksanakan di JANM Negeri/ Cawangan termasuk Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF). YBhg. Datin/Tuan/Puan boleh membuat hebahan melalui medium yang bersesuaian seperti portal, telefon dan emel kepada PTJ/Pejabat Pemungut/Pusat Gaji/Pusat Terimaan masing-masing. 

Link Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2024 adalah seperti berikut: https://forms.gle/C19fLnXjtRQvcvLf8 

3.    Untuk makluman YBhg. Datin/Tuan/Puan, cadangan bagi responden yang menjawab kajian ini bagi setiap JANM Negeri/Cawangan adalah JANM Negeri (Mega) minimum seramai 200 orang, JANM Negeri (Sederhana) minimum seramai 150 orang manakala JANM Cawangan (Kecil) minimum seramai 50 orang. Dijemput juga Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF) untuk menghebahkan kajian ini kepada PTJ di bawah seliaan Tuan/Puan dan minimum responden yang menjawab seramai 150 orang


 4.    Segala kerjasama dan perhatian pihak Tuan/Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat

Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Putrajaya