Semua Pegawai Lantikan JANM seperti edaran Lampiran 1.
Tuan/Puan,
PERJUMPAAN PENGARAH CAWANGAN BERSAMA PEGAWAI LANTIKAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) BILANGAN 2 TAHUN 2024
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan, tuan/puan dijemput untuk menghadiri sesi perjumpaan antara Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sibu bersama Pegawai Lantikan Jabatan Akauntan Malaysia seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 15 November 2024 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi – 11.45 pagi
Tempat : Bilik Kontigensi, Tingkat 2, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Sibu
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta untuk membuat pengesahan kehadiran melalui pautan:
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1OHvofXtaNRhZwI31ujldw9eOpIYGs7EAY3_2BUlFkgM/edit?usp=sharing
Pengesahan kehadiran hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 4 November 2024 sebelum jam 10.00 pagi
4. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan di talian 084-332053. Kerjasama dan maklum balas dari pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan
Seksyen Pengurusan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Sibu