Ketua-Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pejabat Pemungut Dibawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sibu
Tuan / Puan,
BENGKEL KERTAS KERJA SOKONGAN SIRI 1/2025, SIRI 2/2025 DAN SIRI 3/2025 PUSAT TANGGUNGJAWAB DAN PEJABAT PEMUNGUT DIBAWAH SELIAAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) CAWANGAN SIBU
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Sibu akan mengadakan Bengkel Kertas Kerja Sokongan SIRI 1/2025, SIRI 2/2025 dan SIRI 3/2025.
3. Bengkel tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 11 hingga 13 Februari 2025
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat : Bilik Latihan, Tingkat 2 JANM Cawangan Sibu
4. Sehubungan itu, setiap PTJ dan Pejabat Pemungut dikehendaki menghadiri satu siri sahaja dan menghantar satu (1) orang wakil SAHAJA yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan untuk menghadiri bengkel tersebut. Tuan/Puan adalah diminta untuk mendaftar di pautan espl seperti berikut:
Tuan/Puan hendaklah mendaftar dan membuat pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 05 Februari 2025 (Rabu) jam 4.30 petang.
Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan bengkel ini, sila hubungi pegawai-pegawai seperti berikut:
Penyelaras Kursus : Pn Lucy Anak Augustine Amin (084-332046)
Setiausaha Kursus : Pn Noraziah Binti Mohidin (084-332046)
5. Kerjasama dan perhatian yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Unit Akaun JANM Cawangan Sibu